Biografi Clint Eastwood

Awal hidup

Eastwood lahir pada 31 Mei 1930 di San Francisco, California, kepada Clinton Eastwood (1906–1970) dan Ruth (Runner) Wood (1909–2006); keluarganya berasal daripada generasi imigran Plymouth yang tiba di Amerika Utara melalui kapal Mayflower.[18][19][20]

Keluarganya sering berpindah randah mengikut pekerjaan ayahnya yang sering berubah-ubah di pantai timur Amerika Syarikatt pada tahun 1930-ant.[21][22] Mereka akhirnya bermukim di sebuah kawasan serba mewah dalam bandar Piedmont, California.[23]

Beliau mengambil banyak pekerjaan setelah tamat persekolahannya termasuk sebagai pengawal pantai, kerani runcitm penghantar surat khabar dan sebagainya.[24] Beliau cuba mendaftar masuk Seattle University pada tahun 1951,[25] namun Perang Korea yang meletus menyebabkan beliau dikerahkan dalam Tentera Darat Amerika Syarikat sebagai seorang askar.[26]

Kerjaya perfileman

Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini.

Kerjaya politik

Beliau dilantik sebagai datuk bandar Carmel-by-the-Sea di California pada tahun April 1986. Pada tahun 2001, beliau dilantik gabenor negeri tersebut Gray Davis memasuki Suruhanjaya Taman dan Rekreasi Negeri (California State Park and Recreation Commission).[27]

Pada tahun 2012, beliau menyokong Mitt Romney dalam Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2012, malah turut menjadi tetamu jemputan Persidangan Kebangsaan Parti Republikan menyampaikan suatu ucapan mengkritik dasar-dasar pemerintah diajukan Presiden Barack Obama.[28]

Rujukan

WikiPedia: Clint Eastwood http://www.cbsnews.com/news/clint-eastwood-improvi... http://www.cbsnews.com/stories/2005/02/03/Sunday/m... http://www.cnn.com/2013/05/27/us/clint-eastwood-fa... http://www.cnn.com/2013/10/24/showbiz/clint-eastwo... http://www.esquire.com/entertainment/movies/interv... http://www.imdb.com/name/nm0000142/ http://articles.latimes.com/1989-05-08/entertainme... http://www.latimes.com/entertainment/movies/la-ca-... http://mayflowerhistory.com/famous-descendants http://www.montereyherald.com/seniors/20170910/mon...